Huh!!....ada ka skim lambat kaya kat sini? Jawapannya...ada...salah satunya ialah jadilah seorang yg berjimat cermat serta celik pelaburan....
Byk sangat peluang yg ada di depan mata untuk kita gunakan supaya kita 'senang & tak pening kepala' di masa hadapan....Cuma yg penting, faktor risiko yang perlu kita pertimbangkan....Salah satu cara yang saya sendiri amalkan sejak mula bekerja ialah, Dollar Cost Averaging method. Wow...bunyi macam bagus je tapi maksud DCA adalah, pelaburan yang sistematik & kerap. Contohnya....saya masukkan RM500 tiap2 bulan sejak 2002 ke dlm account ASB saya. Saya juga masukkan RM100 ke account education fund anak saya sejak dia dilahirkan.
Sampai ke saat ini, saya sendiri jarang sangat 'check' berapa balance yang ada dlm ASB, or education fund saya & anak saya. Pada saya....yg penting saya melabur setakat yg saya mampu secara bulanan. Hopefully, sikit2, lama2 jadi bukit lah. Hehehe...
Kalau nak cerita tentang pelaburan, mmg byk 'vehicle' yg kita boleh pakai...cuma ia bergantung kepada berapa byk risiko yg kita sendiri nak ambil. Contoh pelaburan2 yg boleh kita pakai:
1) Cash & Fixed Deposits
2) Share market
3) Property
4) Financial derivatives
5) Unit Trust
6) International investment
Pelaburan2 di atas ada advantages & disadvantages tersendiri. So terpulang pada diri masing2 nak melabur di mana. Cuma kena ingat, faktor risiko memainkan peranan yg cukup besar dlm arena 'pelaburan'.
Jgn asyik nak kejar 'kekayaan' sehingga terjebak dlm 'skim cepat kaya'. Skim cepat kaya terlalu byk sekarang nih....Silap langkah boleh naya beb........lately ni ramai sangat org suka ambil 'advantage' atas org lain....member sendiri pun nak makan duit member just for the sake of profits....
nyways, ...penting sangat ke nak kaya nih?
Pada saya lah, saya sebenarnya tidak mengejar kekayaan cuma mahu hidup lebih selesa di masa hadapan. Tidak salah sekiranya kita mahukan sedikit keselesaan agar kehidupan anak bini di masa hadapan terjamin. Tidak salah sekiranya saya mahukan keselesaan supaya dapat pergi mengerjakan haji dan dapat mengerjakan umrah 2 tahun sekali. Tiada juga salahnya kalau saya mengejar sedikit kelebihian & kemewahan supaya tiada hutang atau 'bad-debts' di keliling pinggang saya.......
Paling penting...rajinlah2 meyimpan.....RM100 sebulan pun ok apa..dpt jugaklah bonus RM100 akhir tahun nanti....sapa nak kasi beb.....hehehehe
p/s: Terima Kasih pada Tuan Xnuri pilot for the inspiration!
Monday, November 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment